Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/parserutils.php on line 208

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/parserutils.php on line 211

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/parserutils.php on line 421

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/parserutils.php on line 594

Deprecated: Function split() is deprecated in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/auth.php on line 154

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/parserutils.php:208) in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/auth.php on line 245

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/parserutils.php:208) in /home/seladang/domains/seladang.net/public_html/perak-fa/inc/actions.php on line 141
perak_fa [Perak FA Wiki]
 

Info Umum

No. 70A, Jalan Kamaruddin Isa Fair Park
31400 Ipoh
Telefon: 05-5478812
Fax: 05-5450736

Info Pegawai Rasmi

Presiden: Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Presiden: Y.B Seah Leong Peng
Naib Presiden 1: Dato Seri Abdullah Hisan
Naib Presiden 2: Encik Khairuddin Ahmad
Setiausaha Kehormat: Tuan Haji Anuar Hashim
Bendahari Kehormat: Tuan Haji Abdul Rahim

Ahli Majlis
Y.B Jamaluddin Mohd Radzi
Y.B Zainol Padzi
Y.B S. Kasevan (DiLantik Pada November 2009)
Tuan Haji Anuar Salim Abdul Moen
Tuan Haji Joharuddin Johar Ali
Encik Ishsam Shahruddin
Encik Rizal Ali Naiz Ali
Encik Abdul Aziz Yeop Jamaludin
Encik Ruslan Zainal Abidin
Encik Mohd Shahar Baharuddin
Encik Abdul Manan Salleh
Encik S. Thinakaran
Encik Ajam Suhud
Encik Mohd Jamil Zakaria
Encik Abdul Jamil Othman (DiTamatkan Khidmat November 2009)

Skuad Liga Super 2010

Pengurus: Ustaz Norazli Musa
Penolong Pengurus: Encik Anuar Zakaria
Jurulatih: Y.M Raja Azlan Shah Raja So'ib
Penolong Jurulatih: Abu Bakar Fadzim
Jurulatih Penjaga Gol: Megat Amir Faisal
Pegawai Pasukan: Johari Hamzah
Fisioterapi: Muhammad Faizal Abdul Rahim

Skuad Piala Presiden 2010

Pengurus: Haji Joharuddin Johar Ali
Penolong Pengurus: Chong Yee Fatt
Jurulatih Skuad Presiden: Chong Yee Fatt
Penolong Jurulatih: Chong Yee Fatt
P. Jurulatih: S. Meganathan
P. Jurulatih: Abdul Rais Abdul Rashid (belum disahkan)
J. Penjaga Gol: Abdul Talib Saidi

Latar Belakang

Perak FA telah ditubuhkan pada tahun 1921 untuk menyertai Piala Malaya yang telah ditukar namanya kepada Piala HMS pada tahun 1933. Persatuan ini telah didaftarkan secara sah pada 18 April 1951 dan memenangi Piala Malaysia yang pertama di pertandingkan pada tahun 1967 di mana ketika itu Perak telah menumpaskan pasukan Singapura dengan keputusan 2-1.

Sejak memasuki era profesional pada tahun 1989, pasukan Perak tidak pernah terlepas dari menyertai Piala Malaysia dan juga tidak pernah diturunkan ke Liga Perdana. Aksi konsisten pasukan Perak yang juga dikenali sebagai skuad seladang ini terbukti apabila sentiasa menduduki 4 tangga teratas Liga Super yang mula diperkenalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2004.

Perak juga muncul sebagai juara Piala FA berwajah baru yang diperkenalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 1990 dengan menewaskan pasukan Selangor 4-2 dalam perlawanan akhir. Pada tahun 2004 pula, Perak sekali lagi memenangi piala tersebut setelah mengalahkan pasukan Terengganu dengan keputusan 3-0 pada waktu tambahan.

Dalam kempen Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) yang menemukan juara Piala FA dan juara Piala Malaysia, pasukan Perak pernah menggondol piala ini sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1999, 2005 dan 2006.

Slogan bagi pasukan Perak ialah Skor Yob Skor yang di ilhamkan oleh bekas Presiden Perak FA iaitu Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang terpaksa melepaskan jawatan beliau setelah menerima arahan dari Perdana Menteri Malaysia berhubung isu pelupusan kuasa dan penglibatan Menteri di dalam institusi sukan.

Terdahulu pasukan Perak menggunakan slogan Kejor Yeop Kejor yang turut digunakan oleh kerajaan negeri Perak sewaktu menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) yang ke-5 pada tahun 1994.

Musim 2009 adalah Tsunami terbesar yang dialami oleh pasukan Perak selepas Tragedi Mengatur Perlawanan 1995 apabila kehilangan hampir sebahagian besar pemainnya gara-gara masalah kewangan dan Persatuan Bolasepak Perak kini diterajui oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

3 pemain yang masih kekal bersama pasukan Perak musim 2009 ialah S. Subramaniam, Mohd Razali Umar dan Mohd Noor Hazrul. Musim ini juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membekukan penyertaan pemain import luar negara untuk sebarang pertandingan di dalam Liga Malaysia.

Venue

Stadium Perak terletak di Kampung Simee, Ipoh dan mampu memuatkan seramai 42,500 orang penonton dalam satu-satu masa. Stadium ini juga terletak bersebelahan dengan Stadium Indera Mulia dan diuruskan oleh Dewan Bandaraya Ipoh.


Gambar di dalam stadium sewaktu perlawanan berlangsung.


Imej Satelit Stadium Perak

Senarai Pemain

Nota:

  • GK - Penjaga Gol
  • DF - Pemain Pertahanan
  • MF - Pemain Tengah
  • FW - Pemain Penyerang
  • UP - Pemain Utiliti


Musim 2010

JC POST NAMA JC POST NAMA
22 GK Megat Amir Faisal 07 MF Benedict Martin
21 GK Khairul Izwan 14 MF Hafiz Abdul Rahman
01 GK Khairul Amri Salehuddin 10 MF Mohd Nazri Kamal
03 DF Arif Fazlie 19 MF Shafuan Adli
06 DF Syazwan Roslan 12 MF Farid Hamidan
17 DF K. Nanthakumar 16 MF Khalis Ibrahim
08 DF Mohd Hafiszuan 20 MF Isma Alif
05 DF Arif Ismail 23 FW Razali Umar
13 DF Wan Azwari 18 FW Fauzzi Kassim
04 DF S. Sathiakumaran 11 FW Shahrizal Saad
15 DF Azmeer Yusof 09 FW Saufi Sa'aidi
25 DF Thevaggaran Nair 12 UP Khairul Izzat
24 GK Kamarul Effendi 26 FW Nurridzuan Hassan
- MF Nasir Basharudin - DF Hakim Ahmad Shah


Info:

  • Persatuan Bolasepak Malaysia tidak mewajibkan penggunaan pemain bawah umur 20 tahun untuk pasukan yang bertanding.
  • S. Sathiakumaran, Farid Hamidan dan Saufi Sa'aidi telah tamat kontrak pada Jun 2010 dan tidak disambung semula.
  • Perpindahan pemain pada 5 - 15 Mei 2010, Perak membawa masuk Kamarul Effendi, Khairul Izzat dan Thevaggaran Nair.
  • 3 pemain skuad Presiden diserap pada Julai 2010 iaitu Nurridzuan Hassan, Nasir Basharudin & Hakim Ahmad Shah.


Senarai Pemain Musim 2009

Senarai Pemain Musim 2007/08

Senarai Pemain Musim 2006/07

Senarai Pemain Musim 2005/06

Senarai Pemain Musim 2005

Senarai Pemain Musim 2004

Senarai Penjaring Gol

Musim 2010

Nama Liga Super Piala Malaysia Piala FA Jumlah Nota
Mohd Saufi Sa'aidi 4 - 2 6
Nazri Kamal 6 - - 6
Razali Umar 3 - - 3
Shahrizal 3 - - 3
K. Nanthakumar 2 - - 2
Wan Azwari 2 - - 2
Khalis Ibrahim 2 - - 2
Shafuan Adli 1 - - 1
Syazwan Roslan 1 - - 1
Isma Alif 1 - - 1
Azmeer Yusof - - 1 1
Jumlah Penuh 25 - 3 28 GOL

Info:

  • Musim 2010, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantung Razali Umar untuk 2 perlawanan Liga Super menentang Pahang dan Terengganu kerana masalah displin.


Senarai Penjaring Musim 2009

Senarai Penjaring Musim 2007/08

Senarai Penjaring Musim 2006/07

Senarai Penjaring Musim 2005/06

Senarai Penjaring Musim 2005

Senarai Penjaring Musim 2004

Rekod Perlawanan Perak

Statistik penuh semua perlawanan yang melibatkan pasukan Perak semenjak penubuhan Liga Super pada tahun 2004.

Nota:

  • M (Menang)
  • S (Seri)
  • K (Kalah)


Perak Liga Super P.Malaysia Piala FA
/ M S K M S K M S K
P. Pinang 7 1 5 2 1 1 2 0 0
Sarawak 4 1 2 1 1 0 1 0 1
Perlis 6 3 4 1 2 5 1 0 1
Kedah 3 0 4 1 0 4 0 0 1
Sabah 4 0 2 1 2 1 2 0 0
TMFC 4 1 3 1 1 0 1 1 0
N. Sembilan 2 1 4 1 0 1 1 0 1
Selangor 5 1 1 1 1 0 0 1 2
Pahang 7 2 4 2 2 0 - - -
Public Bank 3 1 2 2 0 0 - - -
MPPJ FC 3 1 2 2 1 1 - - -
DPMM FC 2 0 2 1 1 0 - - -
Melaka 2 0 0 2 0 0 - - -
PDRM 2 0 0 2 0 0 - - -
My Team 2 0 0 1 0 1 - - -
Terengganu 1 3 0 - - - 1 0 0
Johor FC 0 1 3 - - - 1 0 1
MK Land - - - 1 0 1 - - -
Johor PG - - - 1 1 0 - - -
ATM - - - 2 0 0 - - -
PKNS - - - - - - 2 0 0
MPSJ - - - - - - 2 0 0
K. Lumpur - - - - - - 2 0 2
Kelantan - - - - - - 1 0 1


Info:

  • DPMM FC - Duli Pengiran Muda Mahkota (Brunei)
  • MPPJ FC - Majlis Perbandaran Petaling Jaya
  • PDRM - Polis Diraja Malaysia
  • PKNS - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  • MPSJ - Majlis Perbandaran Subang Jaya
  • Public Bank - Public Bank Selangor
  • MK Land - MK Land Selangor
  • Johor PG - Johor Pasir Gudang
  • ATM - Angkatan Tentera Malaysia


Statistik Penuh Setiap Pasukan

Indek Halaman

 
perak_fa.txt · Last modified: 2010/08/04 00:37 by admin
 
Recent changes RSS feed Creative Commons License Donate Powered by PHP Valid XHTML 1.0 Valid CSS Driven by DokuWiki