Liga Super

Mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan penyertaan hanya 8 pasukan terbaik pada persaingan liga musim 2003. Formatnya telah diubah untuk musim 2006/07 apabila 14 pasukan telah terpilih untuk menyertai Liga Super. Pada saat akhir pasukan MPPJ telah menarik diri kerana masalah kewangan dan ini menjadikan persaingan Liga Super untuk musim 2006/07 tersebut hanya tinggal 13 pasukan sahaja.

Senario yang sama berlaku untuk musim 2007/08 apabila sebanyak 14 pasukan telah ditetapkan namun Telekom Melaka FC (TMFC) telah menarik diri pada saat-saat akhir dan meninggalkan 13 pasukan untuk bersaing. Musim 2009, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah sekali lagi mencuba untuk menetapkan 14 pasukan untuk bertanding dalam Liga Super namun giliran pasukan PDRM pula telah menarik diri kerana masalah kewangan.

Untuk mengimbangi 13 pasukan tersebut, FAM telah menaikkan pasukan tempat ketiga Liga Premier musim lalu iaitu Kelantan untuk mengisi slot tersebut. Namun satu drama menarik berlaku apabila sewaktu proses pendaftaran pasukan hendak ditutup, pasukan PDRM telah mengesahkan semula penyertaan mereka dalam Liga Super dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menukar bilangan pasukan di dalam Liga Super kepada 15 pasukan dengan tidak menurunkan kembali Kelantan ke Liga Premier atas alasan untuk berlaku adil kepada semua pihak

Tidak lama kemudian DPMM FC - Duli Pengiran Muda Mahkota (Brunei) telah dibatalkan penyertaan mereka akibat dari masalah pendaftaran persatuan (R.O.S) mereka yang tidak sah dan menyebabkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa mengubah semula jadual kepada 14 pasukan sahaja bertanding untuk musim 2009.

Nota:

  • P (Perlawanan)
  • M (Menang)
  • S (Seri)
  • K (Kalah)
  • J (Jaringan)
  • B (Bolos)
  • +/- (Beza jaringan)


Hanya ada 4P sahaja yang tidak pernah diturunkan ke Liga Perdana sehingga kini (musim 2007/08) semenjak Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004.

1) Perak
2) Pahang
3) Perlis
4) P. Pinang


Statistik

Bil. Pasukan Johan N. Johan
01 Kedah 2 0
02 Pahang 1 1
03 N. Sembilan 1 1
04 Perlis 1 1
05 Selangor 1 0
06 Public Bank 0 1
07 TMFC 0 1
08 Perak 0 1

Info:

  • TMFC - Telekom Melaka FC

Musim 2010

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 Selangor
02 Perlis
03 Kedah
04 Johor FC
05 Terengganu
06 Kelantan
07 Plus FC
08 Negeri Sembilan
09 Perak
10 Pulau Pinang
11 T-Team
12 Johor
13 Kuala Lumpur
14 Pahang

Info:

  • T-Team - Persatuan Bola Sepak Kuala Terengganu T-Team FC (PBDKT T-Team FC).
  • My Team FC & Kuala Muda Naza tidak menyertai Liga Super kali ini kerana masalah kewangan. Tempat mereka diganti oleh pasukan Johor & Kuala Lumpur dari Liga Perdana.
  • Harimau Muda - A pada awalnya diletakkan di dalam Liga Super setelah menjuarai Liga Perdana Musim 2009 namun tempat mereka diambil-alih oleh pasukan Pahang yang sepatutnya bermain pada Liga Perdana Musim 2010. Dikhabarkan pasukan Harimau Muda - A akan menyertai Liga di sekitar negara Asean.


Musim 2009

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 Selangor 26 20 3 3 64 21 +43 63
02 Perlis 26 17 5 4 40 19 +21 56
03 Kedah 26 16 3 7 45 28 +17 51
04 Johor FC 26 15 3 8 53 27 +26 48
05 Terengganu 26 15 2 9 46 32 +14 47
06 Kelantan 26 14 2 10 49 36 +13 44
07 N. Sembilan 26 11 5 10 44 35 +9 38
08 Plus FC 26 11 5 10 35 26 +9 38
09 Kuala Muda 26 12 1 13 32 41 -9 37
10 Perak 26 9 5 12 27 36 -9 32
11 My Team FC 26 9 3 14 29 50 -21 30
12 P. Pinang 26 5 4 17 29 55 -26 19
13 Pahang 26 5 2 19 32 63 -31 17
14 PDRM 26 0 3 23 19 75 -56 3

Info:

  • PDRM - Polis Diraja Malaysia.
  • Sarawak telah diturunkan ke Liga Perdana kerana menduduki tangga terakhir liga dan format baru 14 pasukan bertanding musim ini menyaksikan 3 pasukan dari Liga Premier dinaikkan iaitu Kuala Muda, Plus FC dan Kelantan.
  • DPMM FC - Duli Pengiran Muda Mahkota (Brunei) telah dibatalkan penyertaan mereka kerana masalah pendaftaran persatuan (R.O.S).


Musim 2007/08

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 Kedah 24 18 2 4 55 24 +31 56
02 N. Sembilan 24 14 6 4 48 30 -18 48
03 Johor FC 24 14 4 6 40 27 +13 46
04 Selangor 24 14 3 7 46 36 -10 45
05 Perak 24 13 2 9 46 34 +12 41
06 Terengganu 24 10 7 7 41 31 +10 37
07 Perlis 24 10 6 8 36 25 +11 36
08 Pahang 24 8 6 10 26 31 -5 30
09 PDRM 24 7 3 14 30 52 -22 24
10 DPMM FC 24 4 10 10 27 34 -7 22
11 My Team FC 24 6 4 14 30 40 -10 22
12 P. Pinang 24 4 5 15 30 49 -19 17
13 Sarawak 24 4 2 18 25 67 -42 14

Info:

  • DPMM FC - Duli Pengiran Muda Mahkota (Brunei)
  • TMFC - Telekom Melaka FC menarik diri untuk musim ini.
  • PDRM - Polis Diraja Malaysia.
  • Melaka telah diturunkan ke Liga Perdana kerana menduduki tangga terakhir liga dan memandangkan penarikan diri TMFC maka tinggal 13 pasukan sahaja yang bertanding dengan PDRM serta My Team dinaikkan dari Liga Perdana.


Musim 2006/07

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 Kedah 24 17 4 3 54 21 +33 55
02 Perak 24 16 5 3 58 22 +36 53
03 DPMM FC 24 13 5 6 46 29 +17 44
04 Terengganu 24 13 5 6 41 29 +12 44
05 Perlis 24 13 4 7 47 25 +22 43
06 Johor FC 24 11 6 7 35 26 +9 39
07 TMFC 24 10 6 8 35 35 0 36
08 Selangor 24 8 4 12 28 35 -7 28
09 Pahang 24 7 6 11 32 41 -9 27
10 P. Pinang 24 6 6 12 25 36 -11 24
11 N. Sembilan 24 6 6 12 29 46 -17 24
12 Sarawak 24 2 4 18 28 65 -37 10
13 Melaka 24 2 3 19 24 72 -48 9

Info:

  • DPMM - Duli Pengiran Muda Mahkota (Brunei)
  • TMFC - Telekom Melaka FC


Musim 2005/06

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 N. Sembilan 21 12 4 5 26 14 +12 40
02 TMFC 21 9 6 6 29 27 +2 33
03 Perak 21 9 3 9 32 29 +3 30
04 Perlis 21 8 6 7 26 25 +1 30
05 MPPJ FC 21 9 2 10 28 27 +1 29
06 P. Pinang 21 8 4 9 30 31 -1 28
07 Pahang 21 7 6 8 21 24 -3 27
08 Selangor 21 5 3 13 31 46 -15 18

Info:

  • TMFC - Telekom Melaka FC
  • MPPJ FC - Majlis Perbandaran Petaling Jaya


Musim 2005

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 Perlis 21 14 3 4 43 19 +24 45
02 Pahang 21 10 5 6 37 29 +8 35
03 Perak 21 9 3 9 33 25 +8 30
04 TMFC 21 7 7 7 23 28 -5 28
05 MPPJ FC 21 8 3 10 29 38 -9 27
06 P. Pinang 21 8 1 12 27 31 -4 25
07 Public Bank 21 7 4 10 22 30 -8 25
08 Sabah 21 6 4 11 25 39 -14 22

Info:

  • TMFC - Telekom Melaka FC
  • MPPJ FC - Majlis Perbandaran Petaling Jaya
  • Public Bank - Public Bank Selangor
  • Public Bank Selangor telah menarik diri kerana masalah kewangan untuk musim 2005/06


Musim 2004

Bil. Pasukan P M S K J B +/- Mata
01 Pahang 21 14 5 2 48 29 +19 47
02 Public Bank 21 11 5 5 38 29 +9 38
03 Perlis 21 10 6 5 41 30 +11 36
04 Perak 21 10 6 5 35 27 +8 36
05 P. Pinang 21 8 3 10 29 38 -9 27
06 Sabah 21 4 5 12 22 35 -13 17
07 Sarawak 21 3 7 11 28 38 -10 16
08 Kedah 21 4 3 14 30 45 -15 15

Info:

  • Public Bank - Public Bank Selangor

Indek Halaman

 
liga_super.txt · Last modified: 2010/01/19 18:45 (external edit)
 
Recent changes RSS feed Creative Commons License Donate Powered by PHP Valid XHTML 1.0 Valid CSS Driven by DokuWiki